Our Courses

Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Sed molestie, velit ut eleifend sollicitudin, neque orci tempor nulla, id sagittis nisi ante nec arcu.

Web Development

Demi menggalas sahutan kerajaan dan menyokong ekosistem keusahawanan digital selain komited untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah ekonomi maju berasaskan pengetahuan. Walau terdapat peningkatan dalam jumlah penyertaan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam platform pendigitalan, peratusan usahawan PKS yang beralih kepada platform e-dagang masih boleh dipertingkatkan. Selain itu, Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2021-2025 telah dilancarkan bagi membantu untuk mendorong negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Oleh itu, Program Sijil Profesional Keusahawanan Digital dilancarkan dengan kolaborasi di antara UTMSPACE dan MYNIC. Sasaran program ini adalah kepada usahawan yang bermula di IPT dan PKS bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan nama domain laman web di platform pendigitalan. Usaha ini selaras dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2021-2025 akan membantu mendorong negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Selain itu, program ini mensasarkan kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terutama di pinggir bandar yang menerima tempias kesan wabak Covid-19. Program dan kursus secara atas talian ini adalah untuk membantu lebih ramai usahawan dalam aplikasi digital. Melalui program ini ia akan membantu mempercepatkan penerapan e-dagang dalam kalangan usahawan.

Program ini memberi fokus kepada kejuruteraan semula perniagaan dengan memastikan strategi, proses dan infrastruktur perniagaan mereka sejajar dan bersepadu untuk menyokong transformasi digital. Program ini mempunyai 5 modul iaitu:

  • Pengenalan Pemasaran Digital (Digital Marketing)

  • Pemasaran SEO (SEO Marketing)

  • Pemasaran di Media Sosial (Social Media Marketing)

  • Pembangunan Website (Website Development)

  • Projek Integrasi Perniagaan (Business Integration Project)

    Modul terakhir memberi peluang kepada peserta untuk diselia dengan bimbingan berterusan selama 3 bulan.

Sijil professional Keusahawanan Digital ini diiktiraf oleh London Examination Board (LEB) melalui syarikat KLIEC yang merupakan rakan kongsi UTMSPACE. Pengiktirafan ini merupakan nilai tambah kepada program ini yang memberi peluang yang lebih besar kepada usahawan di peringkat global.

Pengisian modul ini melalui penggunaan teknologi mempunyai peranan yang besar untuk menggandakan pertumbuhan PKS bukan sahaja melalui peningkatan dalam kecekapan dan produktiviti, malahan ia juga membantu dalam memperluaskan jangkauan pasaran usahawan

UTMSPACE menubuhkan UTMSPACE Digital Academy sebagai platform digital rasmi bagi memasarkan produk Pendidikan melalui program akademik secara atas talian, pembangunan professional melalui kursus pendek yang berkonsepkan micro- credential.Pendekatan ini adalah demi memenuhi kehendak semasa yang berminat untuk menimba ilmu secara berterusan tanpa sempadan dan masa.

Program Sijil Profesional Keusahawan Digital merupakan program terulung seumpanya yang dilancarkan di UTMSPACE Digital Academy. Peserta program akan menimba ilmu secara atas talian sepenuhnya dengan bimbingan secara langsung dari pakar Latihan professional daripada MYNIC. Oleh yang demikian, program ini amat sesuai dijalankan oleh mahasiswa mahupun peniaga PKS pada bila-bila masa.