Memperkenalkan PRIME : PRIME (Program Realisasi Impian Ekonomi Digital) merupakan sebuah inisiatif MYNIC bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk mengorak langkah ke arah transformasi digital. Sebagai permulaan, program ini menawarkan penjenamaan digital .BIZ.MY (berserta GO2 Brand Standard*) secara percuma selama setahun kepada 20,000 PKS.

* Pakej domain berserta GO2 Brand Standard hanya boleh didapati melalui mynic.my/prime

Pandemik COVID-19 yang melanda menyedarkan usahawan betapa pentingnya perniagaan mempunyai kehadiran dalam talian. Dalam satu tinjauan* yang dilakukan, 73% rakyat Malaysia berkata impak pandemik ini telah membuatkan mereka lebih terbuka untuk berbelanja secara dalam talian. Inilah masanya untuk merealisasikan impian anda memulakan perniagaan dalam talian dengan .BIZ.MY

GO2 Brand – Cara mudah mendigitalkan perniagaan anda : GO2 Brand adalah langkah pertama untuk membina jenama digital anda – tanpa perlu mempunyai laman web! Hubungkan .BIZ.MY anda kepada Facebook, Instagram, WhatsApp, Waze dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut di sini.

Terma dan Syarat permohonan PRIME